“Tips” 1 Bina Produk Sendiri

Kaji Pasaran- Jangan Syok Sendiri!

Banyak pemilik produk lingkup kurang 12 bulan sebab pandang remeh pada kajian pasaran.

Untuk permulaan, paling mudah adalah lihat pasaran dalam facebook anda iaitu rakan facebook.

Sebagai contoh:

Pasaran facebook saya adalah usahawan internet. Jadi, target saya adalah usahawan. Simple.

Nak survey? Tiada masalah. Go ahead.

Cari Idea Cara Mudah -> Ikut Trend VS Lawan Trend

 

Pasaran saya usahawan. Jadi, saya perlu selesaikan masalah usahawan.

(1) Ikut Trend.

Trend usahawan sekarang adalah bisnes melalui instagram. Jadi, saya boleh bina produk pemasaran instagram.

(2) Lawan Trend

Kita bina satu benda yang baru. Misalnya, Pemasaran Wassap atau Buat Duit dengan Google Hangouts.

Latihan. 5 minit.

(1) Siapa pasaran anda?

(2) Cara selesaikan masalah?

Sama ada ikut trend atau lawan trend.

Selesai?

Leave A Response

* Denotes Required Field